1.PERBEZAAN ANTARA VHF DENGAN UHF
Mikrofon wayarles VHF pada lazimnya menggunakan frekuensi antara 170-200 MHz manakala UHF di antara 600-900 MHz. Hari ini julat frekuensi VHF adalah sangat tepu 'saturated' kerana bilangan peralatan yang mengguna julat frekuensi ini adalah banyak. Ini bertambah teruk dengan gangguan isyarat sesama sendiri dan gangguan frekuensi radio elektrikal yang lain. Oleh yang demikian, pakar-pakar dalam bidang ini cenderung untuk berhijrah ke peralatan berfrekuensi UHF. Tambahan pula teknologi PLL Synthesized yang ada pada mikrofon wayarles UHF yang menggunakan berbilang saluran frekuensi dapat mengelakan gangguan yang disebabkan oleh isyarat RF dan perkakas elektrikal lain.
2. Bentuk Sistem "True Diversity" vs. "Non-Diversity"
Keciciran isyarat 'signal drop-out' merupakan musuh utama kepada semua pengguna mikrofon wayarles. Pengguna lebih suka menggunakan mikrofon berwayar kecuali pengguna dapat jaminan bahawa isyarat wayarles itu tidak ada gangguan.Itulah sebab penerima diversiti digunakan. Penerima diversiti mengguna 2 antena yang dapat menerima isyarat pada penerima yang berasingan. Dengan menggabungkan 2 isyarat dari 2 penerama akan menghasilkan isyarat berterusan yang lebih stabil. Dengan penerima diversiti ini, peluang berlakunya keciciran isyarat adalah 5 kali lebih rendah daripada sistem yang menggunakan penerima 'non-diversity'. Di samping itu mikrofon yang menggunakan penerima diversiti kekuatan isyarat adalah 10dB lebih kuat, ini bermaksud isyarat adalah 45 kali lebih kuat. Oleh yang demikian dengan mengguna sistem diversiti, keciciran dan gangguan isyarat bukan lagi masalah pada sistem wayarles mikrofon. Sebab itulah sistem diversiti adalah lebih popular pada applikasi yang memerlukan penyampaian audio secara profesional.Begitu juga semasa pemancaran pada jarak yang lebih jauh, besar kemungkinan sistem diversiti akan menghasilkan output yang lebih "bersih". Sudah tentu mikrofon wayarles bukanlah radio dua hala ataupun walkie-talkie, tetapi isyarat pemancaran jarak jauh boleh dicapai jika penyusunan antena yang betul dan sistem diversiti digunakan.Ramai pengguna tidak sedar bahawa sistem satu antena akan menghasilkan "titik buta" dalam bentuk penyampaiannya. Ini kerana isyarat yang sampai ke antena penerima dari pemancar adalah gabungan daripada beberapa isyarat. Ada setengah isyarat sampai secara langsung dari pemancar dan adanya dipantul balik dari dinding. Jika isyarat-isyarat ini sampai di penerima antena dalam keadaan tidak seragam, maka ia akan bergabung dan berlaku pembatalan sesama sendiri akan menyebabkan keciciran isyarat. Sudah tentu keadaan keciciran dan "titik buta" ini dapat dikurangkan jika pemancar diletakan lebih dekat dengan penerima. Oleh itu, sistem satu antena dan "non-diversity" lebih sesuai kepada mereka yang baru belajar menggunakan sistem wayarles. Ia juga sesuai untuk kegunaan bukan profesional dimana jarak pemancaran adalah pendek dan boleh menerima keadaan keciciran isyarat yang tidak serius. Untuk applikasi tahap profesional, sekeliling yang rumit atau pemancaran untuk jarak yang jauh, pengguna harus memilih penerima yang dilengkapi dengan dwi-antena beroperasikan penerimaan diversiti.
3. Berapakah sistem yang boleh beroperasi secara serentak tanpa gangguan?
Cabaran utama yang dihadapi semasa mengguna sistem mikrofon wayarles adalah penggunaan beberapa sistem wayarles secara serentak. Lebih banyak frekuensi yang digunakan, lebih teruk masalah gangguan yang bakal berlaku. Untuk mengelakkan berlakunya gangguan, setiap mikrofon wayales perlu memilih frekuensi yang berlainan, cuba mengurangkan gangguan frekuensi dari sekeliling, mempunyai ciri-ciri pemilihan yang bagus dan menapis isyarat-isyarat palsu. Lazimnya penerima yang menggunakan VHF boleh beroperasi dengan 12 sistem tanpa gangguan. Walau bagaimanapun, setiap siri MIPRO dapat memasang sehingga 24 sistem tanpa gangguan. Dalam satu percubaan, MIPRO telah mencapai melebihi 50 frekuensi mikrofon VHF tanpa gangguan dan 64 frekuensi tanpa gangguan dengan mikrofon UHF.
4. Adakah mikrofon wayarles memerlukan kawalan volum?
Kawalan volum yang dipasang pada penerima wayarles akan menyebabkan beberapa masalah:Sudah lama pengilang-pengilang sistem mikrofon wayarles melengkapkan kawalan volum (VR) di penerima wayerles mereka (biasanya di panel depan). Ini membolehkan pengguna mengawal aras output (penerima) mikrofon wayarles sebelum isyarat masuk ke mixer dan amplifier. Walaupun penjelasan yang terperinci telah tercatatkan dalam buku panduan tetapi ramai pengguna tidak memahami sepenuhnya kedudukan VR mikrofon dalam keseluruhan rantai isyarat sistem dan salah menetapkan tahap VR. Tahap VR yang tidak betul akan menyebabkan, sama ada nisbah S/N yang rendah disebabkan oleh kesensitifan yang tidak cukup, ataupun herotan yang disebabkan oleh aras input yang terlalu tinggi pada mixer/amplifier. Apabila masalah ini belaku, biasanya pengguna akan mendakwa bahawa sistem wayarles bermasalah, kualiti bunyi yang tidak bermutu atau julat dinamik yang tidak cukup. Mereka tidak tahu bahawa sebab utama masalah ini adalah kerana tahap VR yang tidak betul.Memahami sifat-sifat input pada mixer dan amplifier:Biasanya mixer dan amplifier mempunyai dua input: "LINE IN" dan "MIC IN". Input "LINE IN" digunakan untuk input dari sumber "Line level" seperti radio, perakam kaset, pemain CD dan sebagainya. Input "MIC IN" digunakan untuk mikrofon dan aras isyaratnya lebih rendah daripada isyarat "Line Level". Input mixer/amplifier adalah berpandu kepada aras isyarat input yang dijangka berdasarkan kesensitifan dan julat dinamik. Biasanya, mixer/amplifier akan dilengkapi dengan satu penyelaras kesensitifan pada setiap input supaya pengguna dapat memadankan setiap isyarat input dengan spesifikasi pencapaian mixer/amplifier. Oleh itu, isyarat output yang keluar dari penerima wayarles ini akan dioptimumkan kepada sistem wayarles tertentu sahaja (output itu boleh merupakan "microphone lavel" atau "Line Level", begantung kepada spesifikasi sistem itu). Penyelarasan aras dan pemadanan patut dilakukan pada mixer/amplifier dan bukannya pada output penerima wayarles. Mixer/amplifier patut memproseskan isyarat input yang telah dioptimumkan, dan bukannya isyarat yang mungkin telah dilemahkan oleh pengaturan VR pada penerima wayarles yang tidak betul.Kanapa MIPRO tidak menyediakan kawalan Volum penerima yang boleh dilaraskan?Penerima wayarles MIPRO mempunyai satu aras output yang dioptimumkan kerana dapat memadankan kesensitifan kapsul mikrofon dengan tepat. Ini bermakna mikrofon penerima boleh disambungkan terus ke mixer/amplifier dengan kesensitifan yang optimum dan aras julat dinamik yang terjamin.
5. Apakah maksud SQ?
Penerima mikrofon perlu menerima isyarat RF pada taraf tertentu untuk mengekalkan kualiti bunyi yang jelas. SQ akan diaktifkan apabila kekuatan isyarat jatuh ke bawah sesuatu tahap nisbah SN untuk meredamkan penerima demi menghalang penghasilan bunyi bising. SQ perlu dilaraskan untuk menghalang isyarat gangguan pada tahap kekuatan yang berlainan. Jika SQ diaktifkan pada 12dBuV dan dilaraskan mengikut arah jam, ia akan menghalang gangguan bunyi bising secara berkesan. Tetapi, keadaan ini akan memendekkan jarak operasi mikrofon wayerles.Jika isyarat gangguan masih berterusan pada aras SQ yang maksimum, ini bermakna isyarat gangguan adalah terlalu kuat. Dalam situasi yang demikan adalah dinasihatkan supaya satu mikrofon wayerles yang berfrekuensi lain digunakan.
6. Bagaimana memegang mikrofon wayarles (jenis pegangan tangan) untuk mancapai prestasi suara yang terbaik?
Ramai pengguna memegang mikrofon wayarles jenis pegangan tangan dengan teknik yang tidak betul dalam pelbagai persembahan pentas, TV dan konsert yang utama. Cara pemegangan mikrofon yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti suara dan mutu mikrofon itu.Ramai jurutera audio mempunyai citarasa yang tersendiri dalam pilihan suara mikrofon. Ada di kalangan mereka rasa mereka boleh mendapat kualiti suara yang bagus dengan menggunakan mikrofon yang berjenama dengan penyelarasan suara yang mereka lakukan. Cara pemegangan mikrofon secara betul sering diabaikan. Mikrofon merupakan sebahagian daripada satu sistem audio, kualiti audio yang memuaskan tidak akan tercapai jika seseorang itu tidak memahami cara penggunaan sebenar mikrofon walaupun mikrofon yang paling mahal digunakan. Keadaan ini adalah sama seperti seseorang itu memandu satu kereta lumba yang mahal, jika pemandu itu tidak memahami ciri-ciri kereta lumba itu, dia tidak akan mencapai prestasi maksimum.Mikrofon wayarles adalah selamat dan mudah digunakan dengan tiadanya kabel-kabel yang berselerak. Tetapi, ramai pengguna mengsia-siakan kelebihan yang ada pada mikrofon wayarles ini dimana menggunakan mikrofon dengan cara-cara yang tidak betul.Berikut adalah beberapa cadangan untuk mempertingkatkan suara mikrofon:Jangan memegang dan menutup gril mikrofon. Ramai penghibur sering memegang pada gril mikrofon. Posisi ini akan menjejaskan kearahan dan kualiti suara mikrofon dengan teruk. Memegang pada gril mikrofon akan menyebabkan litar di dalam kapsul akustik resonans terputus dan/atau menukarkan frekuensi alat resonans pada kapsul. Ini akan menambahkan resonans pada frekuensi tertentu dan menyebabkan suap balik 'feedback' yang berlebihan.Jangan pegang pada antena mikrofon. Biasanya, mikrofon wayarles tradisional mempunyai satu antena yang tertonjol keluar. Tetapi, kebanyakan mikrofon moden mempunyai antena yang terbina dalam. Jika pengguna memegang pada antena, atau dekat dengan kawasan antena itu, jarak pemancaran akan semakin berkurangan. Jarak pemancaran akan menjadi semakin pendek jika kedua-dua tangan pengguna pegang pada antena mikrofon.Sebenarnya, cara menggunakan mikrofon adalah mudah sahaja. Pengguna hanya perlu ingat satu prinsip sahaja, iaitu sentiasa memegang pada bahagian tengah pemegang mikrofonJangan memegang dua mikrofon dalam satu tangan Memegang dua mikrofon wayarles yang frekuensinya berbeza dalam jarak yang dekat akan menyebabkan saling gangguan di antara dua frekuesi itu. Keadaan ini sering berlaku pada sistem pelbagai saluran dan biasanya menyebabkan kualiti suara menurun. Jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan gangguan terhadap frekuensi audio dan kearahan frekuensi mikrofon. Sebagai kesannya, ciri-ciri asal mikrofon itu akan dimusnahkan. Apabila isyarat audio kedua-dua mikrofon itu berada pada fasa yan sama, ia akan ditambahkan kepada output kedua-dua mikrofon itu menyebabkan penambahan volum pada amplifier. Keadaan ini seterusnya akan menghasilkan suap balik yang tidak diingini. Sebaliknya, jika kedua-dua isyarat itu tidak berada pada fasa yang sama, keadaan saling pembatalan akan berlaku, menyebabkan volum yang dihasilkan tidak mencukupi. Apabila dua mikrofon dipegang terlalu dekat, sifat kearahan yang ada pada kedua-dua mikrofon itu akan saling mengganggu dan akhirnya akan memusnahkan sifat kearahan asal mereka. Jarak dua mikrofon semakin dekat, semakin teruk prestasi mikrofon itu. Oleh itu, pengguna patut mengelakkan daripada memegang lebih daripada satu mikrofon dalam satu tangan. Jika perlu menggunakan banyak mikrofon pada masa yang sama, perlulah diingatkan supaya mengekalkan satu jarak yang tertentu (sekurang-kurangnya 30cm) antara mikrofon-mikrofon itu. Ini akan mengurangkan gangguan yang berlaku dan seterusnya akan mengekalkan prestasi terbaik mikrofon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan